Top Menu
Language Select
W3C Color Changer
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Sizer
Background Changer
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Banner
Last Updated Date
Kemaskini Pada: 24 Okt 2014
Versi 6.0.6
Footer Menu
Best Viewed
Profil Daerah Kecil Padawan Cetak Profil Daerah Kecil Padawan


  • PROFIL DAERAH KECIL PADAWAN





P
adawan telah diisytiharkan sebagai daerah kecil pada 11 Ogos 1983 (Pemberitahuan Warta Bahagian II No. 24 Jilid 308) dan ibu pejabatnya terletak di Teng Bukap. Keluasan Daerah Kecil Padawan ialah 526.19 km persegi dengan kebanyakkan kawasannya berbukit-bukau dan bersempadan dengan kalimantan, Indonesia. Pada ketika itu, Daerah Kecil Padawan hanya mempunyai satu sistem jalanraya iaitu Jalan Padawan yang bermula dari Pasar Tapah hingga Kampung Abang. Sehubungan itu, perkhidmatan "Up River Agent" (URA) digunakan sehingga tahun 1986. Pejabat Daerah Kecil Padawan mula beroperasi pada 1 Januari 1988. 


Pada tahun 1986, Daerah Kecil Padawan mempunyai 39 buah kampung dengan bilangan penduduk di sekitar seramai 12,000 orang dan majoritinya terdiri daripada etnik bidayuh (90%). Perkampungan ini terletak berhampiran dengan Jalan Padawan dan dua buah sungai utama iaitu sungai Semedang dan sungai Serin. Pekerjaan utama penduduk adalah petani yang menanam padi bukit/paya, buah-buahan, getah, lada, koko dan lain-lain.

Kini, Daerah Kecil Padawan boleh dihubungi melalui 2 buah jalan utama iaitu Jalan Padawan dan Jalan Puncak Borneo. Berdasarkan profil kampung tahun 2009, Daerah Kecil Padawan mempunyai 46 buah kampung iaitu sebanyak 3,118 pintu dan seramai 22,689 penduduk. Kawasan Padawan terletak dalam kawasan Pilihanraya Parlimen P.198 Mambong dan Kawasan Pilihanraya Negeri N.16 Bengoh dan N.17 Tarat. Daerah Kecil Padawan terkenal dengan pusat-pusat tarikan perlancongan seperti Borneo Highlands Resort, Annah Rais Hot Spring, Annah Rais Homestay Program, kawasan pergunungan di kampung yang mempunyai lebih kurang 4 buah gua besar, bunga Rafflesia serta keindahan flora dan fauna. Selain itu, Daerah Kecil Padawan juga terkenal dengan Projek Empangan Air Bengoh.

 

 
|