Profil Daerah Kuching
 

      Daerah Kuching secara administratif dibahagikan kepada tiga (3) kawasan iaitu Daerah Kuching Proper, Daerah Kecil Siburan dan Daerah Kecil Padawan dengan keluasan keseluruhannya adalah 1,868.83 kilometer persegi. Pecahan keluasan kawasan adalah: Daerah Kuching Proper 895.09 km persegi; Daerah Kecil Padawan 526.19 km persegi sementara Daerah Kecil Siburan 447.55 km persegi. Jumlah penduduk seramai kira-kira 329,200 orang. Pecahan penduduk adalah seperti berikut:-


 

 


        Pada masa dahulu, Sungai Sarawak dan Kuching dikenali sebagai Sarawak. Pada tahun 1839, James Brooke tiba di tebingan Sungai Sarawak dan memanggil bandar tersebut sebagai Kuching (Cochin) yang bermaksud perlabuhan. Pada tahun 1876, kawasan tersebut telah dirasmikan dan dikenali sebagai bandar Kuching. Kemudian, Kuching telah diisythiharkan secara rasmi sebagai bandaraya tanggal 1 Ogos 1988. Pentadbirannya ditadbir oleh tiga pihak berkuasa iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

           S
elain daripada kawasan bandar, Kuching juga mempunyai kawasan pinggir bandar (city fringes) dan kawasan tepi pantai. Dari segi keluasan kawasan, DBKU mentadbir Petra Jaya meliputi Semenanjung Santubong dan Bako. MBKS mentadbir kawasan termasuk Pending, Sekama, Tabuan, Stampin dan Stutong. MPP pula mentdbir kawasan-kawasan luar bandar Kuching seperti Pasar Batu Tujuh, Kampung Haji Baki, Batu Kitang, Kampung Temenggong, Matang, Telaga Air, Kampung Beradek, Semilang, Tanjung Bako, dan Kampung Beliong.